المدة الزمنية 5:45

Agar-Agar Santan Pandan Legend. Senang dan mudah. Hanya guna 5 bahan sahaja. Tanpa Pewarna Tambahan

بواسطة Heavenly desserts
2 860 مشاهدة
0
449
تم نشره في 2023/02/18

Hai semua.. Resepi legend kali ni..Agar-agar santan pandan.. Sangat sedap dinikmati sejuk-sejuk sesuai sangat ketika cuaca panas. Penyediaannya pun mudah dan senang. Sesuai dibuat untuk jamuan tetamu nak datang rumah atau untuk dijamu ke orang surau atau masjid. Anggaran masa penyediaan bahan dalam 15 minit dan anggaran memasak dalam 15 minit juga. Pastinya ramai yg dah tahu resepi agar-agar legend ni. 1. Sarah guna 20gram agar-agar tali jenama double swallow. Kita rendam dulu dengan air. Ketepikan 2. Seterusnya, basuh 8 helai daun pandan hijau satu persatu. Pastikan bersih dan elak ada pasir. Gunting dan masukkan ke dalam blender dan campurkan 1 cawan air dan kisar halus. Ha.. dah siap kisar, tapis untuk asingkan serdak daun dengan air. Ketepikan. 3. Dalam mangkuk lain, masukkan 1 cawan santan, 2 biji telur gres A, dan sedikit garam. Kacau. Nanti kita akan tapis sebelum masuk periuk nanti. Kalau nak tapis siap2 pun boleh. Penyediaan: Seterusnya, sediakan periuk, masukkan 4 cawan air dan agar-agar (sudah ditapis) tadi. Biarkan mendidih. Dalam masa yg sama, sentiasa kacau untuk pastikan agar-agar larut dalam air.Lepas tu, masukkan 1 cawan gula membukit, pes pandan dan ½ sudu the perasa pandan. Perasa ini sarah letak sebab nak bg bau pandan kuat sedikit. Dalam resepi ni, tak guna pewarna hijau ya. Memang kaler original dari daun pandan. Tengok tali agar, kalau dah larut semua, baru masukkan bancuhan santan dan telur yg kita satukan tadi. Tunggu sebentar dan baru kacau.. Biarkan ia mendidih membuak2 sehingga 2-3 kali. Lepas tu, tutup api. Dah siap. Kita tuang ke loyang. Tekan buih dengan sudu untuk cantikkan permukaan agar-agar. Sarah guna loyang 9 inci. Nak guna 10 inci pun ok. Sarah sejukkan agar-agar dibawah kipas anggaran 1 jam. Lepas tu baru masuk peti sejuk dalam 2 jam macam tu. Bila dah sejuk dan betul-betul keras, barulah dipotong ikut cara masing-masing. Lihatlah hasilnya.. Cantik warnanya walaupun tak guna pewarna.. Selamat mencuba dan semoga bermanfaat. Jangan lupa subscribe @heavenlydessert, komen dan share.. Support anda semua sangatlah Sarah hargai. Terima kasih. Bahan-bahan / Ingredient: 20g ager-agar bertali / 20g stringy agar 8 helai daun pandan besar / 8 of big pandan leaves 1 cawan santan / 1 cup of coconut milk 2 biji telur gred A / 2 eggs of A grade Sedikit garam / a pinch of salt 4 cawan air / 4 cups of water 1 cawan gula membukit / 1 cup of sugar ½ sdt perasa pandan / ½ tsp of pandan flavour ========================================================= Indonesia Bahan-bahannya: 20g agar-agar berserabut 8 lembar daun pandan besar 1 gelas santan 2 butir telur grade A Sedikit garam 4 gelas air 1 cangkir gula pasir ½ sdt bumbu pandan ========================================================= Chinese: 原料: 20克丝状琼脂 8片大香兰叶 1杯椰奶 2个A级鸡蛋 一撮盐 4杯水 1杯砂糖 ½ 茶匙香兰调味料 Yuánliào: 20 Kè sī zhuàng qióngzhī 8 piàn dà xiāng lán yè 1 bēi yē nǎi 2 gè A jí jīdàn yī cuō yán 4 bēi shuǐ 1 bēi shātáng ½ cháchí xiāng lán tiáowèi liào ________________________________________ RUSSIAN: Индонезия Ингредиенты: 20 г вязкого агара 8 больших листьев пандана 1 стакан кокосового молока 2 яйца класса А щепотка соли 4 стакана воды 1 стакан сахарного песка ½ чайной ложки приправы пандан Indoneziya Ingrediyenty: 20 g vyazkogo agara 8 bol'shikh list'yev pandana 1 stakan kokosovogo moloka 2 yaytsa klassa A shchepotka soli 4 stakana vody 1 stakan sakharnogo peska ½ chaynoy lozhki pripravy pandan Community Verified icon

الفئة

عرض المزيد

تعليقات - 2