المدة الزمنية 3:25

Agar Santan Gula Melaka | Mudah dan Gerenti jadi, InsyaAllah

بواسطة Heavenly desserts
21 018 مشاهدة
0
185
تم نشره في 2023/03/08

Hai Semua. Assalamualaikum.. Video kali ini sarah nak share agar-agar santan gula melaka yg sedap dimakan sebagai pencuci mulut sejuk-sejuk ketika cuaca panas. Penyediaan yg mudah dan hanya 4 bahan utama. Sebelum itu, jangan lupa support Sarah dengan subscribe Heavenly Dessert, like dan share. Mari kita mulakan.. Sarah gunakan 1 ketul sahaja gula melaka (210gram) Mula-mula masukkan 1 cawan santan, 1 cawan ¼ air, 1 biji telur gred A dan ½ sudu the garam. Kacau sebati. Sediakan periuk. Masukkan 3 ½ cawan air dan campurkan dengan 1 ketul gula melaka. Tunggu sehingga mendidih sampai gula larut. Kemudian tapis. Sarah bilas periuk dengan air paip sebab nampak ada serdak tertinggal pada sisi dalam periuk. Masukkan semula larutan gula yg ditapis tadi ke dalam periuk. Hati-hati, panas ya. Seterusnya masukkan agar-agar bertali. Tunggu sehingga agar-agar betul-betul larut. Kemudian, baru masukkan adunan santan, telur dan garam tadi. Tambah vanilla esen sebagai penambah aroma agar-agar. Biarkan mendidih dalam 2-3kali, kacau dan tuang ke dalam bekas. Biarkan sejuk dalam suhu bilik sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk bawah.. Ok, sekarang sudah siap. Inilah hasilnya.. Selamat mencuba, semoga bermanfaat. Terima kasih semua kerana singgah ke channel Heavenly Dessert Malaysia: 1 ketul/210g gula melaka 3½ cawan/875ml air 1 helai daun pandan (optional- dalam video ini Sarah tak letak) 1 kotak/200ml santan 1 biji telur 1¼ cawan/315ml air 1 pek/10g serbuk agar-agar (ATAU agar-agar bertali berat anggaran yang sama) ½ sdt garam Esen vanila (optional) ====================================================================== English 1 piece / 210g palm sugar 3½ cup / 875ml water 1 pandan leaf (optional- I dont put in this video) 1 box / 200ml coconut extract 1 egg 1¼ cup / 315ml water 10g agar-agar powder (or agar-agar stripes about the same weight) ½ tsp salt Vanilla essence (optional) ============================================================ Indonesia: 1 buah/210g gula melaka 3½ gelas/875 ml air 1 lembar daun pandan (opsional - di video ini Sarah tidak menaruhnya) 1 kotak/200 ml santan 1 telur 1¼ gelas/315 ml air 1 bungkus/10g bubuk agar-agar (ATAU agar-agar berserabut dengan perkiraan berat yang sama) ½ sdt garam

الفئة

عرض المزيد

تعليقات - 4