المدة الزمنية 1:48

Saya berdoa agar semua rakyat Malaysia terselamat daripada pandemik Covid-19.

بواسطة POTAIS TV
494 مشاهدة
0
14
تم نشره في 2021/07/15

Saya berdoa agar semua rakyat Malaysia terselamat daripada pandemik Covid-19. Sedih pilu memikirkan hampir 7,000 rakyat Malaysia yang tidak bersalah telah terkorban. Kes jangkitan harian telah mencecah lebih 13,000, manakala ramai sedang dirawat dalam ICU. Saya percaya seluruh rakyat Malaysia yang sempurna akal fikirannya sedang berasa kecewa. Tetapi kerajaan PN seolah-olah masih mahu memberi bayangan kepada rakyat supaya jangan bimbang. Jangan percaya pandangan bahawa kerajaan PN telah gagal menangani pandemik Covid-19. Sebabnya negara jiran Indonesia mencatat 56,757 kes positif. Thailand merekodkan 9,186 kes. Tetapi yang tidak disebut populasi Indonesia lebih 270 juta orang. Thailand hampir 70 juta orang. Malaysia cuma kira-kira 32 juta. Jika berdasarkan nisbah ini bukan sesuatu yang patut dibanggakan. Jika pada kadar itu pun dianggap bukan kegagalan bermakna negara berdepan risiko yang amat besar. Kerana kita tidak tahu berapa banyak lagi angka maut dan dijangkiti baru boleh dianggap gagal. Nyawa rakyat janganlah kita jadikan percaturan. Setiap jiwa insan adalah berharga. Angka 7,000, 8,000 mahupun 100,000 memang mudah disebut untuk menutupi kegagalan. Tetapi disebalik setiap angka itu ada ayah, ibu, anak, adik, abang, kakak, isteri, suami meratap kesedihan. Ya Allah. Aku memohon kepadaMu kau selamatkan rakyat dan negara Malaysia. Bantulah usaha kami untuk mengubah dan memperbaiki kegagalan itu. Kepada Mu jua kami berserah selepas segala daya upaya. #COVID19 #SelamatkanRakyat #selamatkanMalaysia #umnobersamarakyat

الفئة

عرض المزيد

تعليقات - 8