Salah satu hidangan pencuci mulut yang legend untuk saya dari kecil sampailah dewasa kini. Tambahan lagi bagi saya yang kurang berminat dengan penggunaan telur dalam masakan, agar-agar santan pandan tanpa telur ni memang sesuai dengan selera dan rasanya pun cukup sedap. Baunya yang enak ditambah dengan rasa lemak santan cukup membangkitkan selera.
Bahan-bahan yang diperlukan:-
37 gram agar-agar (1 paket agar-agar utk kandungan 37 gram).
200ml santan (gunakan santan kara - kepekatan pada santan sangat perlu untuk membina 2 lapisan)
2 liter air
1 cawan air perahan daun pandan
1 cawan gula
1 sudu kecil garam
1 ketul besar gula batu
2 helai daun pandan
1 sudu pewarna hijau
* Untuk menjadikan 2 lapisan agar-agar yang cantik - adunan agar-agar perlu dimasakkan sehingga membuak agak lama seperti pecah minyak, barulah dipadamkan api.
* Kandungan santan juga perlu pekat untuk menimbulkan 2 perbezaan lapisan apabila sejuk.
Cara penyediaan - sila tonton video disediakan
#agar-agar ramadhan
Sumber lagu
Youtube audio library
Grace Behind The Curtain by Silent Partner